Hak merupakan suatu situasi eksklusif yang subjektif dan abstrak. Namun hak boleh dipertikaikan jika tidak kena pada tempatnya malah boleh dipersoalkan jika hak itu tidak kena pada haknya dan bercanggah dengan hak yang lain. X-biru, episode carta berubah lagi. Aku tiada hak untuk menghalang apatah lagi kuasa untuk tidak merubah carta. Segalanya dibawah ketentuan Ilahi yang maha Esa lagi maha kuasa. Aku hanyalah hambaNya yang hanya tahu merancang namun aku tahu menilai yang mana hak dan yang mana batil.
X-biru kembali lagi, carta si palat-palat berubah lagi. Aku tak terkejut, namun sedikit kecewa. Aku tak kecewa banyak, namun kurang teruja dengan apa yang aku dengar. Kata mereka susah senang bersama-sama namun aku tak mengerti usahkan pula untuk memahami!. Aku cuba sedaya upaya menerima keputusan yang dibuat kerana setiap induvidu mempunyai hak. Hak yang perlu aku hormati dan hak yang aku tidak boleh pertikaikan lagi!
Aku menghormati hak mereka. Bak kata mak aku, “hati semua orang kita kena jaga” katanya lagi “buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali”, “biar orang benci kita kerana rupa tapi jangan orang benci kita kerana sikap” namun, aku tak sesempurna insan yang kamil aku tiada hak pada yang kamil. Selagi terdaya aku akan buat yang terbaik namun tak pernah janji yang terbaik.
x-biru: carta berubah lagi. Aku benar-benar buntu, sebelum keluarnya kertas kerja, semua plazzia dah semangat untuk menyertai x-biru. Semangat yang tidak boleh dibendung lagi dan semangat yang tak akan padam dek angina atau air yang mencurah. Semangat yang membara ini sedikit sebanyak telah memberi pengharapan kepada aku malah yang paling mengembirakan adalah Tuan Pengarah Projek yang akan bersara tidak lama lagi. (sedih lah pulak)
sori aq tak dpt g KITA MERANCANG TAPI TUHAN YG MENETUKAN perjalan hdp kite...sesungguhnya Dia lebih mengetahui pe yag terbek tuk hanba2Nya....!
ReplyDelete